Budaya berkaitan Hari St Patrick

Shamrock (seamróg)

Shamrock merujuk kepada seberapa jenis tumbuhan dalam keluarga Fabaceae yang dikenali kerana rupa dedaunnya yang tiga. Santo Patrick dipercayai menggunakan daun tumbuhan ini untuk menerangkan doktrin Tritunggal Katolik –yakni, kepercayaan terhadap kewujudan Tuhan dalam bentuk "bapa", "anak" dan "roh kudus" – kepada warga Ireland, lagi-lagi dengan adanya wujud dewi tiga dan motif seni triskelion dalam anutan dan adat asal masyarakat tersebut.[2][3][4] Oleh itu pemakaian dan peragaan lambang dan reka bentuk syamrok sentiasa ada di mana sahaja perayaan ini disambut.[5][6] Ada juga sejarawan yang percaya bahawa dedaun ini turut dipilih kerana ia melambangkan "kelahiran semula" yang boleh diumpamakan dengan pemelukan agama Kristian diserukan Patrick.[7]

Warna hijau

Mengikut legenda, St Patrick menggunakan tumbuhan syamrok berdaun tiga, untuk menerangkan Sangti Trinitas kepada warga Ireland.

Pada awalnya, Santo Patrick dikaitkan dengan warna biru,[8] namun warna hijau lama-kelamaan semakin dikaitkan dengan sambutan ini hasil pengaitannya dengan dedaun shamrock dipakai menyambutan santo ini seawal abad ke-17.[9]